Media Centre

Stay updated on our latest happenings.

arrow Back

UEM Sunrise Anjur Kejohanan Sukan Mini Olympics Of The Titans 2013 Dengan Usahasama Kementerian Belia Dan Sukan

KUALA LUMPUR, 17 NOVEMBER 2013 – UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”) dengan usahasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menganjurkan kejohanan sukan Mini Olympics of The Titans 2013 – satu acara sukan bagi warga kerja UEM Sunrise.


Kejohanan ini merupakan acara kemuncak Sukan Mania 2013 yang telah dijalankan selama enam bulan di Wilayah Tengah dan Selatan di mana Syarikat beroperasi. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai aktiviti sukan dan permainan tradisional telah dipertandingkan antaranya Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal, Congkak, Batu Seremban, dan sebagainya.


Seramai lebih 1,300 warga kerja UEM Sunrise dari Wilayah Tengah dan Selatan hadir menyertai acara yang diadakan di Pusat Sukan Universiti Malaya seawal jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang. Selain dari aktiviti sukan, jabatan-jabatan di UEM Sunrise turut diberi peluang menjalankan aktiviti permainan secara kreatif dan inovatif di gerai atau ruang permainan masing-masing. Sebanyak 10 gerai atau ruang permainan telah disediakan oleh Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran bagi memeriahkan acara ini.


“Saya berasa bangga kerana UEM Sunrise, salah satu syarikat berkaitan kerajaan (“GLC”) berjaya menganjurkan aktiviti sukan seumpama ini sejajar dengan objektif utama Kementerian Belia dan Sukan. Ia bukan saja satu aktiviti yang sihat, malah boleh mengeratkan hubungan antara warga kerja, sekaligus dapat memupuk semangat 1Malaysia di kalangan kita. Saya juga berharap agar syarikat-syarikat korporat dan GLC yang lain dapat menjadikan UEM Sunrise sebagai inspirasi mereka dalam melaksakan aktiviti seperti ini”, ujar YB Datuk M. Saravanan a/l Murugan, selaku Timbalan Menteri, Kementerian Belia dan Sukan.


Beliau yang juga turut merasmikan kejohanan tersebut berpendapat bahawa aktiviti sukan boleh menyumbang kepada ekonomi negara secara keseluruhannya. Malah, ia juga telah terbukti berkesan dalam mempromosikan negara ke persada dunia.

Dengan bimbingan dari Kementerian Belia dan Sukan, UEM Sunrise mempertandingkan tiga permainan baharu iaitu Jombola, Dodgeball dan Frisbee, kepada semua warga kerja yang telah dibahagikan kepada lima rumah sukan berbeza iaitu Morganite, Aquamarine, Tourmaline, Zircon dan Amethyst.


“Ketiga–tiga aktiviti ini merupakan permainan terbaharu yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Pihak UEM Sunrise merupakan syarikat GLC pertama menganjurkan permainan- permainan tersebut secara serentak”, ujar Puan Aminah Abdullah, Pengurus Besar Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran UEM Sunrise merangkap Pengerusi Penganjur Mini Olympics of The Titans 2013.


Kejohanan Sukan Mini Olympics of The Titans 2013 berakhir dengan acara penyampaian hadiah keseluruhan oleh Puan Aminah Abdullah, disaksikan oleh wakil-wakil dari Kementerian Belia dan Sukan serta kepimpianan kanan Syarikat.

Read more
UEM Sunrise Brings “Back To School” Cheer To The Orphans Of Darul Aitam In Tapah
View All
UEM Sunrise uses cookies to personalise and enhance your experience on our site.
Visit our Privacy Policy to learn more. By using our site, you agree to our use of cookies.
How can I assist you today?

Please select appointment date